Monday, November 23, 2009

Songkok Melayu

Syarikat kami menyediakan perkhidmatan tempahan songkok. Kami mempunyai pelbagai jenis songkok.

Antara songkok yang kami sediakan ialah songkok tinggi, songkok biasa dan songkok yang diperbuat daripada baldu.

Untuk songkok tinggi, kami membuatnya dengan menggunakan kain baldu yg bermutu tinggi.

Bagi songkok tinggi, pelanggan boleh menempah ketinggian songkok itu mengikut citarasa masing-masing. Kebiasaannya ketinggian songkok itu ialah dari 4inci, 41/2 inci dan 5inci.

Bagi pelanggan yang tidak tahu untuk memilih ketinggian yang sesuai untuk mereka, pihak kami boleh memberi cadangan kepada anda.

Untuk setiapkan tempahan, kami akan memberikan satu berus untuk para pelanggan kami. Jadi, anda tidak perlu membeli berus lagi untuk membersihkan songkok anda.

Pihak syarikat juga menyediakan perkhidmatan penghantaran. Walau di mana jua pelanggan kami berada, kami boleh menghantarnya.

Harga yang kami tawarkan untuk songkok kami adalah sangat berpatutan. Senarai harganya adalah seperti berikut :-

  • Songkok Tinggi Baldu : RM 85 (untuk semua saiz)
  • Songkok Biasa : RM 40 (untuk semua saiz)
  • untuk pengetahuan semua pelanggan kami, harga yang ditawarkan di atas adalah termasuk sekali dengan kos penghantaran
Sekiranya anda berminat atau mempunyai sebarang pertanyaan, boleh hubungi nombor telefon yang telah diberikan di sebelah.

No comments:

Post a Comment